KUALA LUMPUR: Sejumlah 210,000 pengunjung direkodkan membeli-belah di Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) 2022 untuk persiapan hari raya sejak bazar itu beroperasi pada 9 April lepas sehingga semalam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata jumlah pengunjung harian tertinggi direkodkan pula adalah pada 17 April (Ahad) lepas iaitu seramai 21,600 orang.
"Selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka, pengunjung dinasihati sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan terutama mereka yang membawa kanak-kanak kecil.
"Saya juga nasihatkan pengunjung yang mahu datang supaya menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau Transit Aliran Ringan (LRT) untuk mudah bergerak tanpa perlu membuang masa mencari tempat letak kereta yang berkurangan," katanya dalam satu video yang dimuat naik dalam Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.
Mahadi turut memaklumkan seramai 420 anggota penguat kuasa termasuk DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditugaskan untuk melakukan pemantaun keselamatan di bazar itu selain memastikan aliran trafik sentiasa lancar.
Bazar Aidilfitri Lorong TAR 2022 beroperasi sehingga 2 Mei melibatkan 206 petak khemah dengan waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam kecuali pada Jumaat, Sabtu dan Ahad hingga jam 2 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Jumlah pengunjung harian tertinggi direkodkan pula adalah pada 17 April (Ahad) lepas iaitu seramai 21,600 orang. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu maut tersepit, nahas dua kenderaan di Lekir
Mangsa berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Usaha diplomasi antarabangsa untuk tamatkan konflik di Gaza - PBB
Diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.
AWANI Pagi: Debat Epitomi Minda Madani: Piala Timbalan Perdana Menteri
Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri bakal berlangsung pada 7 hingga 10 Jun depan bertemakan Debat Epitome Minda Madani. Ikuti temu bual bersama Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA dan Ts Dato' Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia bersama #AWANIPagi.
Warga emas rentung dalam kebakaran kereta
Mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
Suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah.
Rozila pecah tradisi wanita pertama urus operasi TH di Mekah
Menjadi wanita pertama menggalas tugas sebagai Pengarah Operasi Tabung Haji (TH) Mekah bagi musim 1445H/2024M, Rozila Omar Ali tidak pernah menyangka pengalaman dan kepakarannya menguruskan bahagian penyelidikan dan pembangunan haji di Jabatan Haji, ibu pejabat TH membuatkannya terpilih untuk jawatan tersebut, yang lazimnya dipikul lelaki.
Nilai jualan bazar Ramadan, Aidilfitri 2023 catat RM2.5 bilion
Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.4 bilion yang direkodkan tahun lepas.
Lebih 50 khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut
Lebih 50 khemah jualan bazar Aidilfitri di Padang Serai di sini, musnah selepas dilanda ribut petang tadi.
DBKL buka pagar besi di Bazar Aidilfitri Lorong TAR
DBKL akan menyediakan lima pintu masuk ke bazar berkenaan dengan kawalan penguatkuasaan serta keselamatan.
Pasar malam Lorong TAR dipindahkan sementara mulai 9 April - DBKL
Operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu akan bermula dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu.
Bazar Aidilfitri Lorong TAR beroperasi seperti biasa - Datuk Bandar
Kawalan SOP di tapak bazar berkenaan akan dilonggarkan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.
SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Mereka sedang dalam proses memperhalusi cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bazar hanya sehingga 29 Ramadan: Kerajaan Terengganu dirayu pertimbang semula arahan
Perkara itu perlu dipertimbang semula kerana sudah menjadi kelaziman kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada saat akhir.